Tuesday, 19 May 2015

Dari Meja Pengetua

PN SITI AMINAH BT HJ IBRAHIM
SESUNGGUHNYA, perkembangan dalam pengurusan pusat sumber sekolah (PSS) hari ini dilihat begitu pesat berbanding masa yang lalu. Perkembangan terkini berkenaan jawatan khas yang diwujudkan iaitu guru perpustakaan dan media,memperlihatkan betapa PSS mempunyai peranan yang penting di sekolah. Hari ini, PSS bukan hanya sebuah bilik tetapi ia merangkumi seluruh sekolah.
Maka , perubahan  dan anjakan paradigma  perlu dibuat demi memantapkan peranan PSS di sekolah bagi membantu melahirkan murid-murid yang cemerlang. Atas kesedaran itu, saya merasakan PSS SMKPN ini perlu membuat kembali penyusunan terhadap sistem pentadbiran dan pengurusannya agar PSS ini  hidup  dan aktif kepada  sekolah.Justeru , buku perancangan dan aktiviti tahunan PSS ini sangat lah penting bagi memastikan apa yang kita rancangkan berada dalam garis panduan yang betul.Namun apa yang lebih penting ialah, program yang dirancangkan itu mampu memberikan manfaat kepada warga sekolah.
Buku yang diterbitkan ini telah menerangkan pelbagai tugas yang perlu dilaksanakan oleh guru perpustakaan dan media bersama AJKnya yang lain. Daripada bab pengurusan sehinggalah kepada bab NILAM, nyata betapa banyak tugas-tugas yang perlu dilaksanakan supaya menjadi sebuah PSS yang cemerlang.
Dan akhirnya , semoga PSS SMK PULAU NYIOR @ ALL ISLAND LIBRARY  ini mampu mula mencipta kemenangan dalam pertandingan PSS Cemerlang  dan TOKOH NILAM di peringkat daerah , negeri dan kebangsaan. Insyaallah.BERKAT usaha semua, kita mampu berjaya dan akan terus gemilang di persada jaya sebaris dengan PSS cemerlang kebangsaan yang lain.

SEKAPUR SIRIH

Terbang kenari di malam hari
Lalu menghilang di dalam hutan
Guru bestari, pelajar jauhari
Melestari falsafah aspirasi watan

Pedada merata tampak berisi
di hinggap kemumu diranting dekat
Melakar cita menjana visi
Memartabat ilmu negara berdaulat

Serendah kekwa di hujung desa
Dihimpit pulasan merimbuns di situ
Perkasa jiwa teguh bangsa
Generasi wawasan dilimpahi restu

Letak peria di hujung anjung
Buat menjamu bersama panglima
PSS ceria mengamit pengunjung
Khazanah ilmu manfaat bersama.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment