Tuesday, 19 May 2015

Dari Meja GPM SMKPN

EN MOHD SOBRI BIN MOHD RUSDI
Ironinya , tatkala mendapat keputusan pertukaran antara guru dalam daerah , perkara yang pertama bermain di jiwa saya ialah ‘adakah aku rugi’ melepaskan segala-galanya yang ada di bumi Bumi Bukit Kayu Hitam.Banyak cerita suka dan duka serta memorabilia yang tercatat dalam calendar PuSAT Sumber Sekolah lama.Manakan tidaknya, PSS lama saya hanya bermula langkah dengan satu bintang , kemudian kami mengorak langkah dan menepis segala ujian sehingga kami Berjaya menjadi Johan Daerah PSS Cemerlang untuk 3 tahun berturut-turut dan tempat ketiga PSS Cemerlang Negeri 2013 dan tempat kedua peringkat negeri Kedah 2014.Selain setiap tahun kami juga pastikan kemenangan dalam acara Tokoh Nilam peringkat daerah.
TAPI…ITU CERITANYA DI PSS LAMA SAYA..
KINI…Saya di bumi Pulau Nyior…
PSS SMK Pulau Nyior ,….Saya inginkan segala kekuatan saya di lembah Bukit Kayu Hitam itu dibawa ke sini.Saya pastinya tidak akan menghampakan harapan Tuan Pengetua dan pihak sekolah dalam usaha untuk menjelmakan PSS SMKPN ini cemerlang dan standing dengan PSS bertaraf  kebangsaan yang lain.
Apapun, yang pastinya , hasrat saya di sini untuk merencanakan sebanyak  mana yang mungkin program-program yang dapat memberikan manfaat kepada warga sekolah khususnya kepada para pelajar itu sendiri.
Dan akhirnya , semoga PSS SMK Pulau Nyior yang mana selepas ini akan lebih dikenali sebagai ALL ISLAND LIBRARY ini akan lebih berdaya saing dan menjadi lebih hebat setara dengan slogan terbaru dalam penjenamaannya semula iaitu FROM ZERO TO HERO!

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment