KAJIAN TINDAKAN 2
ALL ISLAND LIBRARY 2015
( MENINGKATKAN
TAHAP PENGGUNAAN PUSAT SUMBER
SEKOLAH
DALAM
KALANGAN WARGA SMKPN )
(DIJALANKAN
SELEPAS PELANCARAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 2015 PADA 15 FEB 2015 YANG LALU
&
KAJIAN DILAKUKAN TERHADAP 100 ORANG RESPONDEN PADA 20 FEB – 21 MAC 2015 )
DISEDIAKAN
OLEH :
ENCIK MOHD SOBRI MOHD ROSDI
GPM SMK PULAU NYIOR
( MENINGKATKAN
TAHAP PENGGUNAAN PUSAT SUMBER
SEKOLAH
DALAM
KALANGAN WARGA SMKPN )
OLEH : EN MOHD SOBRI BIN
MOHD ROSDI
ABSTRAK:
Pusat Sumber SMK Pulau Nyior
(PSS) terletak di tingkat 1, Blok D. Blok D adalah blok atau bangunan yang
sebenarnya strategik dalam kawasan
sekolah.Namun begitu , persoalan pertama yang bermain di minda saya ialah
mengapa pelajar dan warga sekolah jarang ke PSS dan tidak menggunakan
perkihdmatan yang ada di PSS. Pada waktu-waktu lain, contohnya pada waktu rehat
atau waktu selepas P&P, para pelajar amat jarang ke PSS Saya juga telah
membuat tinjauan awal berdasarkan Rekod Penggunaan PSS pada bulan Januari 2014,
hanya 138 orang murid sahaja daripada 1500 murid yang ada di sekolah ini. Hasil
soal selidik didapati bahawa daripada jumlah itu, hanya 3 orang sahaja yang
datang ke Perpustakaan Sekolah atas inisiatif
sendiri. Justeru, kajian yang dijalankan ini membawa pendekatan yang
berbeza dari langkah yang telah diambil sebelum ini bagi mendekatkan murid
dengan PSS melalui program Transformasi PSS 2015. Saya telah memilih 100 orang
murid secara rawak daripada tingkatan satu hingga tingkatan lima sebagai
kumpulan sasaran kajian. Kajian yang dijalankan ini menggunakan kaedah semakan
dokumen yang lalu, pemerhatian dan soal selidik. Melalui kajian ini diharapkan
murid-murid lebih dekat dengan PSS disamping dapat memanfaatkan PSS dengan
meminjam buku, mengulangkaji atau membaca buku dan menggunakan perkhidmatan
yang ada di PSS ini. Saya ingin menerapkan konsep SEKOLAH DALAM PUSAT SUMBER DAN PSS MACAM- MACAM ADA apabila kajian
ini berjaya kelak.
2.0 FOKUS KAJIAN
Kajian yang dijalankan adalah
berfokus kepada usaha-usaha yang kreatif dan inovatif kearah mendekatkan murid
dengan Perpustakaan Sekolah. Permasalahan yang telah dinyatakan sebelum ini
harus segera ditangani untuk kepentingan warga sekolah iaitu murid khususnya
dan saya sebagai Guru Perpustakaan Media adalah orang yang bertanggungjawab
mengubah paradigma dan mencetuskan satu perubahan baru melalui program yang
telah dirancang iaitu Transformasi PSS 2014.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Umum
Kajian ini bertujuan untuk
mencari jalan penyelesaian kepada masalah penggunaan PSS dalam kalangan warga
SMK Pulau Nyior.
3.2 Objektif Khusus
Objektif Khusus kajian ini adalah:
1.
Mencetuskan inisiatif baru yang berbeza berkonsepkan
SEKOLAH DALAM PUSAT SUMBER dan PSS
MACAM-MACAM ADA.
2.
Menarik minat 100 orang murid berkunjung ke PSS melalui program
Meraih Anugerah dengan memberikan sijil
Anugerah Pengunjung Bertuah , Anugerah
Pembaca Buku Aktif serta Anugerah Peminjam & Penyewa Buku Aktif.
3.
Menggalakkan murid memanfaatkan PSS melalui projek sudut-sudut
menaraik dalam PSS dan Koleksi Bistari sekaligus melahirkan
rasa prihatin murid terhadap PSS dengan menyediakan bahan bacaan yang
berkualiti.
4.
Memastikan warga SMKPN menggunakan segala kemudahan PSS yang
disediakan.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran adalah terdiri
daripada 100 orang pelajar. Kumpulan pelajar yang terpilih sebagai responden
ini adalah terdiri daripada 15 orang pelajar dari setiap tingkatan iaitu dari
tingkatan satu hingga tingkatan lima yang dipilih secara rawak.Dan selebihnya
ialah daripada guru – guru dan kakitangan sokongan sekolah.
5.0 HASIL DAPATAN
Soalan 1
Daripada 100 orang responden , didapati bahawa seramai 60
mengatakan PSS SMKPN berada dalam keadaan yang CEMERLANG.Sejumah 20 responden
mengatakan PSS ini berada dalam SANGAT
BAIK.Dan selebihnya untuk jawapan BAIK.
|
PERKARA
|
BILANGAN RESPONDEN
|
|
Pinjaman Novel
|
30
|
|
Pinjaman Komik
|
12
|
|
Percetakan
|
12
|
|
Sudut Internet
|
45
|
|
Ruang Bacaan Lebih
|
3
|
|
Sudut Permainan
|
13
|
|
Boleh Tonton TV
|
10
|
|
Audio Visual
|
1
|
|
JUMALAH
|
100
|
Soalan 2
Daripada 100 orang responden , berikut merupakan data yang
dikutip bagi saolan no 2 yang berkisar
mengenai perkhidmatan yang warga SMKPN inginkan dari PSS ini :
Soalan 3
Daripada 100 orang responden , berikut merupakan data yang
dikutip bagi saolan no 2 yang berkisar
mengenai bahan bacaan lain yang lain yang lebih menjadi keperluan kepada
warga SMKPN ini :
|
PERKARA
|
BILANGAN RESPONDEN
|
|
Novel
|
60
|
|
Majalah
|
12
|
|
Komik
|
28
|
|
Lain-lain : Bahasa Cina
|
10
|
|
JUMLAH
|
100
|
Soalan 4
Berikut merupakan antara
jawapan yang diberikan oleh para responden bagi soalan ke 4 iaitu soalan
mengenai cadangan / penambaikan terhadap struktur PSS ini.
·
Memasang Astro
·
Pendingin Hawa
·
Wifi
·
Buku terbaru
·
Tambah kerusi / meja
·
Coffee corner untuk staff
·
Ruang yang lebih selesa
·
Tambahkan lagi permainan
·
Membina kolam ikan di depan PSS
·
Menambahkan lagi bilangan PC di PSS
·
Buat promosi @ iklan PSS supaya para waris tahu semua program
PSS.
·
Banyakkan buku agama , pendidikan dan kemahiran.
·
Kurangkan novel-novel cinta.
·
Galakkan waris meminjam buku / novel.
·
Menambahkan bilangan novel
KESIMPULAN :
Secara tuntas dan konklusinya ,
dapat disimpulkan bahawa kajian tindakan seperti inilah yang memainkan peranan
yang amat penting kepada perkembangan struktur
PSS yang baru ingin berkembang seperti PSS SMK PUALU NYIOR ini.Kerjasama yang diberikan oleh semua pihak
sepanjang berlangsungnya sesi kajian tindakan kajian ini amatlah dihargai dan
sebenarnya mereka inilah yang menjadi
titik tolak kepada pembangunan PSS.Di akhir soalan yang dikemukan , kami
mendapati bahawa semua cadangan dan idea yang diberikan cukup menarik dan akan membantu kami bagi menarik minat yang
lebih para pelajar dan warga sekolah
amnya untuk datang ke PSS .Percayalah bahawa PSS yang berkonsepkan PUSAT SUMBER
DALAM SEKOLAH ini mampu menjadikan warga sekolah yang sentiasa mempunyai ilmu
pengetahuan dan mendekatkan diri dengan perkembangan teknologi maklumat.
BIBLIOGRAFI
Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah
Persekutuan(2010). Koleksi Pelaporan Kajian Tindakan Kepimpinan dan
Pengurusan Sekolah 2010, Kuala Lumpur.
Cetakan dan Rekabentuk Ethral Art Design



No comments:
Post a Comment